Hayatilah...





Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989
YANG PASTI
(ZURINAH HASSAN)


Kau
mungkin bukan lelaki terbaik

tapi buat perempuan sepertiku
mungkin tidak ada yang lebih darimu

Aku mungkin tidak mendapat segala-galanya
tapi denga
n keadaan begini
aku tidak meminta
yang lebih baik

Usahlah bertanya apakah aku bahagia
Aku juga tidak menyoal perasaanmu
kerana kadang-kadang bila terlalu mahu memasti
orang jadi semakin ragu
terlalu berbicara dan banyak menganalisa
orang jadi semakin tidak tahu

Aku mungkin kurang pasti
tentang apa yang telah kukatakan
tapi yang pasti
kita tidak perlu terlalu pasti.



09 Mei 2009...Hari Lahir suami yang ke 41 tahun..Semoga Allah swt sentiasa merahmati kehidupan kami..Amin..
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH
dan doa makan.

Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita

hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita....

Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia..
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.