Hayatilah...
Harapan Hanya Impian
Harapanku menggunung
Cita2 dan impian
Di detik ini terapung
Tanpa hala tujuan
Kau mencari diriku
Ku mencari dirimu
Mana hilangnya kemanisan dulu
Musim dan hari berganti
Kehidupan kian sepi
Mahligai indah kosong
Tiada berseri
Dekat tapi berjauhan
Demikianlah kenyataan
Ada garisan memisahkan
Bukan Emas dan permata
Bukan kedudukan
Hanya perhatian dan secebis pengorbanan juga pengertian
Bukan sandiwara cinta
Bukan kata-kata
Yang ku minta kemesraan
Nan setulus rasa
Bertemu tanpa bicara
Bicara tiada sengaja
Satu seksaan
Yang menjerat jiwa rasa
Sementara kita mencari
Masa berlari
Kasih yang bersemi
Dibiarkan terkulai sendiri
Segala harapan hanya
Tinggal Impian...
***saat kau membuka pintu hatimu..mungkin aku telah jauh..meninggalkan dirimu dan kenanganku...rasa kecewa ku padamu..mmg kau yg terindah..yg pernah tercipta..namun bukannya kau harus siak2 kan aku..dgn segala tingkahmu..rasa kecewa ku padamu...
biarkanlah aku...mengembara jauh...menghapus luka kecewa kerana cintamu...jgn kau sesali..kenyataan ini...***
Allah telah menganugerahi aku dgn khidupan..
Kehidupan yg mengandungi bermacam elemen..
Kehidupan yg mengandungi bermacam elemen..
Dlm kehidupan..
Kita akan melalui pelbagai cabaran..
Cabaran yg mengajar kita erti ketabahan & usaha
Liku2 kehidupan..
Mengajar kita utk menjadi kuat mengharungi segala rintangan di hadapan..
Masam manis kehidupan..
Mengajar kita utk menghargai stiap saat masa anugerah Ilahi..
Memberi kita kenangan yg indah & pahit..
Yang baik jadikan teladan..
Yang jahat jadikan sempadan..
Dalam kehidupan juga..
Kita diuji dgn keraguan..
Kadang kala kita ragu utk membuat pilihan..
Tak tahu yg mana harus dipilih..
Ketika ini kita akan meminta petunjuk Ilahi..
Untuk dibukakan hati & diberi petunjuk..
Kadang kala juga..
Pilihan yg dibuat diragui..
Terlintas di fikiran..
”Betul ke ape yg aku pilih? ..Betul ke ini jalan yg sepatutnya?”
Sekali lagi diri meminta petunjuk Ilahi..
Moga diberi kekuatan & ketabahan serta.. ditunjukkan jalan yg betul..
Kadang kala juga
Pilihan yg dbuat rupanya silap
Menyebabkan kita berpatah balik..
Atau memilih jalan yang lain..
Kehidupan juga mengajar kita erti sebuah ikatan..
Ikatan pesaudaraan, pesabahatan..
Membina hubungan yg baik dgn stiap makhluk Allah..
Saling membantu di kala kesusahan..
Kehidupan juga mengajar kita
Erti pertemuan & perpisahan..
Pertemuan yg membibitkan sebuah ikatan suci..
Dan ada kala perlu melalui perpisahan..
Yang kadang kala amat memeritkan..
Tapi ingatlah..
Setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya..
Sesungguhnya Allah Maha Adil & Saksama..
Terimalah perpisahan dgn keredhaan..
Inilah yg dpanggil ’Kehidupan’..
Erti Sebuah Kehidupan……
Jamuan KKRS SMKPB2009 di Promenade Hotel Kota Kinabalu pada 25.10.2009..emm..ni gambar bersama sahabat2 ku di luar...Melaram sakan masa ni..staf lain masih kt dlm, kita orang dah melaram di luar..heheheh..tp tak berbaloi rasanya gi lunch kat situ...apa2 pun syukur juga la dpt makan walau lewat sikit..masa tu perut lapar sgt..emm.nanti ada idea sambung coretan lagi..
Aku & sahabat2ku yang suka melaram..posing habis..huhuhu..pantang nampak kamera..mula lah berposing..tpi masih lagi tunjuk ayu..ye ker?..

Masing2 melaram dgn hadiah yang diterima..huhuhu..beratnya...mana husbd nie..klu ada leh tlg angkat..waaaaaa....

Aku & suamiku..hehehe..ada suami rupanya..
wah..dpt makan apa lagi..tpi tak lah sesedap mana pun..berbaloi?..emm..fikir2kan...
emm..tgk gaya, mcm sume dh lapar..pengerusi KKRS berucap pun dah tak larat nk dgr.heheheh..jgn marah Cg. Norali...pengerusi KKRS SMKPB 2009/2010...caya lah..
Ni lah meja yang paling hujung, paling bising..tak peduli hal sekeliling..hehehe.ye ker..dpn dok tgk staf karoke, kita kat belakang bergambar sakan..lupa sebentar, di mana berada..hehheehh..
Ni dah kenyang..sapa pula mamat sorang tu..sempat posing lagi...emmm...tak tau lah isteri jeling kot masa tangkap gambar ni..emmm..untuk kak Siti Huzaimah, jgn marah, tangkap gambar dgn cik abg..heheheh
Emm..nilah program KKRS SMKPB 2009 yang terakhir sebelum 2009 menutup tirainya...moga tahun depan bertemu lagi..Insyallah..
Emm..nilah program KKRS SMKPB 2009 yang terakhir sebelum 2009 menutup tirainya...moga tahun depan bertemu lagi..Insyallah..
[04/05/2009 10:26:34 PM] mohd khairuludin:
Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Daku..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina AliDihantar pemergiannya tanpa bertanya
Bila kan pulang?
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!
Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musaab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :
"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi! '
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi
Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan..

Langgan:
Catatan (Atom)